Profil Korporat


PD Sanctuary Apartment dengan suasana damai dilatari kicauan burung dan desiran bayu laut menawarkan pakej-pakej seminar, latihan, teambuilding, family day serta aktiviti-aktiviti explorace dan sukaneka dengan harga yang menarik. Selain itu terdapat aktiviti kayak santai, management games dan teambuilding games seperti Jejari Sotong, Simpulan Tali, Telur Dinosaur dan Blanket Ball sebagai aktiviti sampingan. Aktiviti-aktiviti lasak seperti berkayak dan berakit di laut, jungle survival dan jungle treasure hunt, flying fox dan sebagainya boleh dijalankan di kem latihan Brindley (www.mybrindley.com) yang terletak 7 km dari PD Sanctuary Apartment.

 

Apartment-apartment di PD Sanctuary boleh memuatkan keluarga yang besar dengan kos yang amat berpatutan sesuai untuk acara Hari Keluarga. Kawasan sekeliling yang luas, kolam renang yang berasingan, kemudahan kayak dan memancing sesuai untuk keluarga besar bersantai. Acara wajib untuk Hari Keluarga ialah sukaneka dan BBQ.

Jarang sekali mana-mana premis seminar dan percutian menawarkan kolam renang berasingan. Di PD Sanctuary Apartment, kami menyediakan kolam renang berasingan lelaki dan wanita untuk keselesaan pengunjung. Lokasi PD Sanctuary Apartment yang agak terpencil menjanjikan suasana damai dengan kicauan burung dan desiran bayu laut. Kaki pancing boleh mencuba nasib mereka memancing sembilang dan gelama di tepi laut paya bakau. Ahli keluarga boleh berkayak santai di tasik buatan.

 

Sambil menginap di PD Sanctuary Apartment, anda boleh berkunjung ke tempat tempat menarik seperti:

1. Jeti Memancing & Gerai-gerai Makanan, Tg. Agas (2 km)

2. Medan Ikan Bakar Kg Telok, Pasir Panjang (7 km)

3. Medan Ikan Bakar Fort Supai, Linggi (8 km)

4. Medan Ikan Bakar Kg Sg Baru, Melaka (20 km)

5. Muzium Tentera Darat, SiRusa, Port Dickson (25 km)

5. Sungai Linggi Firefly & Crocodile Park, Pengkalan Kempas, Port Dickson (15 km)

7. Ostrich Farm, Port Dickson (15 km)

 

PDS Training Camp Sdn Bhd atau singkatannya PDSTC merupakan sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang diperbadankan pada tahun 2000 dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai penyedia latihan. PDSTC menguruskan 3 premis latihan iaitu PD Sanctuary Apartment di Tanjung Agas, Brindley Training Camp di Kompleks Uniti, Pasir Panjang dan Kem PLKN PDS Resort, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Di samping itu, kami juga menguruskan sebuah rumah peranginan Telok Sinting yang juga terletak di Pasir Panjang, Port Dickson.

 

Brindley Training Camp (BTC) www.mybrindley.com pula terletak di persisiran Selat Melaka, berhampiran hutan rekreasi Pasir Panjang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan aktiviti lasak samada di darat, hutan atau laut.  Aktiviti-peserta. BTC menjanjikan tempat yang sesuai untuk program bina semangat, bina pasukan, induksi dan motivasi. Kami mempunyai jurulatih-jurulatih berpengalaman untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti outdoor.



Kem PLKN PDS Resort www.facebook.com/KEM PLKN-PDS pula menyediakan prasarana latihan untuk pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara selama 9 bulan setiap tahun. Semasa ketiadaan pelatih PLKN, kem ini terbuka untuk sewaan kepada umum terutama pada November dan Disember dengan harga paling ekonomi.

 

Rumah Peranginan Telok Sinting www.facebook.com/HomestayTelokSinting menawarkan 5 unit apartment percutian di tepi laut dengan pemandangan laut yang indah bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Kampung Telok, Pasir Panjang, Port Dickson.



 


 

 

Pakej Istimewa


Kami menawarkan pakej penginapan , Kemudahan dan aktiviti dengan harga yang menarik yang sesuai dengan bajet anda!

Sila klik untuk lihat/ muat turun pakej dalam bentuk pdf.

 

 Galeri Foto


Galeri Foto merakamkan aksi pelanggan-pelanggan kami menjalani pelbagai aktiviti di premis latihan kami.



Aktiviti

Kami menyediakan pelbagai aktiviti samada santai atau lasak yang menyeronokkan serta menguji mental dan fizikal.

 

 

Initialtive & Management Games

Kayak Race @Tasik

Explorace

Sukaneka

Berakit di laut

Berkayak di laut

Flying Fox

Jungle Survival Trekking