Maklumat Syarikat

IMG-6987

Tentang PDS Training Camp

PDS Training Camp dengan suasana damai dilatari kicauan burung dan desiran bayu laut menawarkan pakej-pakej seminar, latihan, teambuilding, family day serta aktiviti-aktiviti explorace dan sukaneka dengan harga yang menarik. Selain itu terdapat aktiviti kayak santai, management games dan teambuilding games seperti Jejari Sotong, Simpulan Tali, Telur Dinosaur dan Blanket Ball sebagai aktiviti sampingan. Aktiviti-aktiviti lasak seperti berkayak dan berakit di laut, jungle survival dan jungle treasure hunt, flying fox dan sebagainya boleh dijalankan di kem latihan Brindley (www.mybrindley.com) yang terletak 7 km dari PDS Training Camp.

Apartment-apartment di PDS Training Camp boleh memuatkan keluarga yang besar dengan kos yang amat berpatutan sesuai untuk acara Hari Keluarga. Kawasan sekeliling yang luas, kolam renang yang berasingan, kemudahan kayak dan memancing sesuai untuk keluarga besar bersantai. Acara wajib untuk Hari Keluarga ialah sukaneka dan BBQ.

Download Info Kit PDS Training Camp Sdn Bhd Di Sini.

Jarang sekali mana-mana premis seminar dan percutian menawarkan kolam renang berasingan. Di PDS Training Camp, kami menyediakan kolam renang berasingan lelaki dan wanita untuk keselesaan pengunjung. Lokasi PDS Training Camp yang agak terpencil menjanjikan suasana damai dengan kicauan burung dan desiran bayu laut. Kaki pancing boleh mencuba nasib mereka memancing sembilang dan gelama di tepi laut paya bakau. Ahli keluarga boleh berkayak santai di tasik buatan.

Sambil menginap di PDS Training Camp, anda boleh berkunjung ke tempat tempat menarik seperti:

  • 1. Jeti Memancing & Gerai-gerai Makanan, Tg. Agas (2 km)
  • 2. Medan Ikan Bakar Kg Telok, Pasir Panjang (7 km)
  • 3. Medan Ikan Bakar Fort Supai, Linggi (8 km)
  • 4. Medan Ikan Bakar Kg Sg Baru, Melaka (20 km)
  • 5. Muzium Tentera Darat, SiRusa, Port Dickson (25 km)
  • 6. Rumah Api Tanjung Tuan / Bukit Batu Putih, Port Dickson
  • 7. Ostrich Farm, Port Dickson (15 km)
PDS Training Camp Sdn Bhd atau singkatannya PDSTC merupakan sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang diperbadankan pada tahun 2000 dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai penyedia latihan. PDSTC menguruskan 3 premis latihan iaitu PDS Training Camp di Tanjung Agas, Brindley Training Camp di Kompleks Uniti, Pasir Panjang dan Kem PLKN PDS Resort, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Brindley Training Camp (BTC) www.mybrindley.com pula terletak di persisiran Selat Melaka, berhampiran hutan rekreasi Pasir Panjang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan aktiviti lasak samada di darat, hutan atau laut. BTC menjanjikan tempat yang sesuai untuk program bina semangat, bina pasukan, induksi dan motivasi. Kami mempunyai jurulatih-jurulatih berpengalaman untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti outdoor.